Tuesday 19 March 2013

Korang pernah rasa tak….


Korang pernah rasa tak sakit bila nak lupakan benda yang paling perit pernah korang rasa? Mesti susah kan? Mesti korang akan cuba lupakan. Mesti korang akan berubah seratus lapan puluh darjah kan? Ye la takkan nak tiga ratus enam puluh darjah lak? Tu dah totally berubah. Kalau seratus lapan puluh ni, setakat ubah setengah ja cam apa yang kurang leh ditambahnya. Kalau sembilan puluh…… Errmmmm.. Aaaaa…. Emmm.. Aaaaa… Mungkin tidak berapa berubah atau mungkin aku yang berubah setakat tu ja.
Tapi bila entah kenapa tiba – tiba korang teringat, mesti korang rasa tertekan kan? Eh? Pernah rasa jugak ke? Eeeee, sama la dengan kita! (yang tak sama tu dok diam – diam)
Susah kan untuk kita lupakan kenangan pahit kita. Sebab tu kadang aku tak suka duduk sendirian. Tapi orang cakap orang yang suka tidur tu sebenarnya orang yang bersedih. Nasib baik la aku bukan dalam kategori tu. Maknanya aku masih hepi. Yea! Yea! Yea!
Setiap orang mesti ada benda yang paling diorang kesali, benci, trauma, sedih atau apa – apa je la. Tapi kenangan atau pengalaman yang pahit je la sebab ni mood sedih. Bukan nak cerita sal ‘korang pernah rasa tak bahagia naik pelamin’!
Korang pernah rasa tak terus tak nak percaya sesiapa selepas apa yang berlaku kat korang? Rasa ralat dengan orang sekeliling korang. Lebih rela bersendirian daripada berkawan dengan orang lain dengan alas an diorang ni sama ja cam si polan tu. Tapi bila dah tekad cam tu, ada ja yang menghalang. Ada yang datang bagai memberi harapan baru. Mungkin betul orang cakap, tak semua orang macam yang kita kenal dulu. Berani ke nak taruh? Tiba – tiba sama ja, cam na?
Apapun. Berbalik pada diri kita la senang. Kita mungkin tak perasan yang kita ni sendiri tak layak untuk dijadikan sahabat. Betul tak? Mana tau kan. Aku harap orang baik dengan aku tapi rupanya aku yang buat diorang tak suka kat diri aku sendiri. Sebab tu sekarang aku selalu ingatkan diri aku (kadang lupa jugak!) ‘aku tak kisah kalau aku dijadikan tempat persinggahan sementara korang dapat sahabat sejati korang’. Sebabnya? Mungkin aku sendiri tak layak untuk jadi sahabat n aku juga dah tak berani menganggap orang yang rapat dengan aku tu sebagai sahabat. Jadi biar la aku jadi kawan hanya sekadar kawan. Sementara ada yang aku leh tolong, aku tolong. Itu ja. Atau mungkin aku yang susah nak bergaul. Hahahaha.
 Pendek kata, berkawan je la dengan semua orang. Tak yah nak feeling – feeling lebih. Lalalalalalaaa…

p/s: Kawan pun macam kapel jugak, kawan pas tu putus. Tapi kalau kapel, leh jumpa teman serumah, sebilik. Takkan kawan tak da yang leh dipercayai kan?

No comments:

Post a Comment