Wednesday 3 April 2013

Dulu, kini & selamanya..

Adakah aku ini yang jahat sebenarnya?

Adakah aku ini yang tak layak dibuat sahabat sebenarnya?

Ya, sikap aku yang suka buat lawak. Adakalanya gila - gila bahasa. Sebenarnya, aku menyimpan seribu perasaan. Seribu emosi. Seribu pertanyaan. Seribu penyesalan. Seribu ketakutan. Seribu kemarahan, kemaafan, harapan.

Aku juga seperti manusia biasa. Mungkin kerana sikap aku, mereka berasa aku tidak perlu dihiraukan.

Kadangnya, aku bersedih kenapa aku tak seperti rakan - rakan yang lain. Gelak ketawa bersama. Keluar bersama. Umpama kawan baik yang sentiasa bersama di kala suka dan duka.

Aku juga mahu seperti itu, tapi cukup la hanya dulu aku dianiayai. Jangan ada lagi. Mungkin kerana aku sudah berjanji dengan diri aku dulu jangan percaya kepada kawan. Kawan masa senang memang banyak. Kawan masa susah juga ada. Tapi kawan yang boleh menjadi bahu untuk kita. Takkan pernah ada.

Tiada sahabat yang paling sempurna melainkan keluarga kita sendiri. Walau apapun yang jadi, mereka tetap ada dengan kita.

Mungkin bukan sekarang aku punyai sahabat. Mungkin esok?

Mungkin sebab dulu kecik - kecik mak larang kuar main, sampai sekarang aku terbawa - bawa.

Duduk rumah lebih baik. Jimat duit poket. =)

Kulit pun tak hitam kena matahari. Hoho.

Terima kasih buat kawan aku dulu tu. Sebab kau, aku berubah. Lebih berani bertindak sendiri. Kalau kau tak aniaya dulu, aku takkan jadi diri aku sekarang ni.

Setiap yang jadi, aku percaya ada hikmahnya. Aku tak kisah kalau aku tak punya kawan baik.

Mungkin lebih baik aku hanya ada kawan sekelas, sebilik n sebagainya.

Atau mungkin aku yang masih perlu berubah....