Korang pernah rasa tak sakit bila
nak lupakan benda yang paling perit pernah korang rasa? Mesti susah kan? Mesti
korang akan cuba lupakan. Mesti korang akan berubah seratus lapan puluh darjah
kan? Ye la takkan nak tiga ratus enam puluh darjah lak? Tu dah totally berubah.
Kalau seratus lapan puluh ni, setakat ubah setengah ja cam apa yang kurang leh
ditambahnya. Kalau sembilan puluh…… Errmmmm.. Aaaaa…. Emmm.. Aaaaa… Mungkin
tidak berapa berubah atau mungkin aku yang berubah setakat tu ja.
Tapi bila entah kenapa tiba –
tiba korang teringat, mesti korang rasa tertekan kan? Eh? Pernah rasa jugak ke?
Eeeee, sama la dengan kita! (yang tak sama tu dok diam – diam)
Susah kan untuk kita lupakan
kenangan pahit kita. Sebab tu kadang aku tak suka duduk sendirian. Tapi orang
cakap orang yang suka tidur tu sebenarnya orang yang bersedih. Nasib baik la
aku bukan dalam kategori tu. Maknanya aku masih hepi. Yea! Yea! Yea!
Setiap orang mesti ada benda yang
paling diorang kesali, benci, trauma, sedih atau apa – apa je la. Tapi kenangan
atau pengalaman yang pahit je la sebab ni mood sedih. Bukan nak cerita sal
‘korang pernah rasa tak bahagia naik pelamin’!
Korang pernah rasa tak terus tak
nak percaya sesiapa selepas apa yang berlaku kat korang? Rasa ralat dengan
orang sekeliling korang. Lebih rela bersendirian daripada berkawan dengan orang
lain dengan alas an diorang ni sama ja cam si polan tu. Tapi bila dah tekad cam
tu, ada ja yang menghalang. Ada yang datang bagai memberi harapan baru. Mungkin
betul orang cakap, tak semua orang macam yang kita kenal dulu. Berani ke nak
taruh? Tiba – tiba sama ja, cam na?
Apapun. Berbalik pada diri kita
la senang. Kita mungkin tak perasan yang kita ni sendiri tak layak untuk
dijadikan sahabat. Betul tak? Mana tau kan. Aku harap orang baik dengan aku
tapi rupanya aku yang buat diorang tak suka kat diri aku sendiri. Sebab tu
sekarang aku selalu ingatkan diri aku (kadang lupa jugak!) ‘aku tak kisah kalau
aku dijadikan tempat persinggahan sementara korang dapat sahabat sejati
korang’. Sebabnya? Mungkin aku sendiri tak layak untuk jadi sahabat n aku juga
dah tak berani menganggap orang yang rapat dengan aku tu sebagai sahabat. Jadi
biar la aku jadi kawan hanya sekadar kawan. Sementara ada yang aku leh tolong,
aku tolong. Itu ja. Atau mungkin aku yang susah nak bergaul. Hahahaha.
Pendek kata, berkawan je la dengan semua
orang. Tak yah nak feeling – feeling lebih. Lalalalalalaaa…
p/s: Kawan pun macam kapel jugak,
kawan pas tu putus. Tapi kalau kapel, leh jumpa teman serumah, sebilik. Takkan
kawan tak da yang leh dipercayai kan?