Wednesday 19 December 2012

RM20 seJam


Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.
Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapat i anaknya masih belum tidur.
"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.... ."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya..
x

Saturday 29 September 2012

Sejuknya!

Tau ke apa yang sejuknya? Haa.. Semua orang mesti sejuk - sejuk kan. Sama la aku pun. 

Tapi apa kaitan sejuk yang aku nak merepek ni? Apa lagi kalau bukan Genting Highland! Huhuhu.. 
Mungkin ada yang cakap Genting dah tak sesejuk dulu. Mungkin ada yang cakap Genting tak best sebab besar tu ja. Tapi! Tapi! Tapi! Aku suka sangat.

Masa kali pertama aku pergi, aku tengok Genting kat puncak. Cantik sangat dengan lampu jalan kat lereng bukit. Aku rasa macam aku menuju ke Disneyland! Hahaha. Over kan. Lantak la.





Memang tak sama kan bagi korang. Tapi ntah mana lari mata aku rasa cam sama. 

Masa mula - mula kuar kereta kat Cradle Rock, rasa sejuk sangat! Walaupun sejuk tu menyeksakan juga tapi nyaman sangat. Tambah pula keadaan sunyi sambil tengok lampu - lampu bangunan kat bawah bukit. Nyaman ja cam aku sorang ja kat situ. Rasa cam jauh dari masalah. Sampai sekarang aku rasa macam mimpi walaupun aku pergi ke sana buat kali kedua. Tu pun selang beberapa hari ja aku pergi pulak. Aku rindukan suasana nyaman kat situ.



Bila aku masuk kat dalam tu (indoor; kata orang tempat tu indoor), aku teruja sangat! Cantik! Dengan airnya, pokok buatan tu, KLCC tu n semuanya lah. Best sangat. Muka memang tak yah cakap la muka jakun, muka perak, muka tak malu semua ada kat situ. Bak kata pepatah, rusa masuk kampung. Best sangat. Kalau di siang hari tak tau la macam mana kan. Sejuk kat Genting tu bukan buat aku nak dok diam - diam. Tapi tergedik - gedik nak berlari semua. Hohoho. Jakun/cewi la kata kan.

Tapi sayang, dua kali aku pergi sana. Dua kali tu jugak aku tak bawak kamera. Pergi pun tak rancang. Susah kalau kuar dengan orang yang suka tak plan awal - awal. Suprise konon - kononnya. Eeee..!!

Apa - apa je lah. Yang pasti, aku akan pergi lagi. Bukan untuk sekali.. Tapi berkali - kali. Hohohoo..


Saturday 25 August 2012

PerMuLaaN

Permulaan. Permulaan. Permulaan dan permulaan. Blog hanya untuk diri.
Diulang...!! Untuk diri sendiri.
Kalau aku rasa nak berceloteh kat sini.. Jari aku pun mula la gatal..
Kalau terbaca dan rasa tidak suka atau rasa macam poyo ke apa ke, maaf la yer. Tu je la kot setakat ni. Tak da rumit - rumit. Tak da senang -senang. Suka - suka ja. Huhu. Peace.. ^_^