Aku pun macam orang lain juga.
Impikan rumah yang selesa, tenang, besar (bukan cam bangla tu. Eh, banglo), n
macam – macam lagi lah untuk dijadikan tempat kediaman.
Umah flat? Aku ok ja kalau tu dah
memang rezeki yang aku dapat. Kalau leh jadi kediaman, aku dah syukur
Alhamdulillah dah. Cuma aku nak gtau, bila aku sewa ja rumah kat area – area
tempat aku belajar tu. Aku dah mula berangan kalau – kalau akan dapat umah
teres dua tingkat cam ni. Ya Allah, memang aku suka sangat. Mana tak nya, bilik
dah ada empat. Bilik air lak ada tiga.
Aku cam kekampungan? Eyh? Lantak
lah! Hehehe tiba – tiba nak melenting kan?
Memang aku akui pun. Rilek sudah.
Umah aku lagi dahsyat lah! Rumah banglo 10 tingkat. Ko ado? Non-ado. Hahaha..
Kalau la aku dapat umah cam ni
kan best. Tak la besar cam gajah mana pun. Tapi selesa la bagi aku. Hello, aku
dok sini sepuluh orang k. Kalau setakat nak dok umah macam ni seramai empat,
lima orang apa da hal. Tapi sekarang tak berapa selesa la jugak sebab sepuluh
orang. Hehehehe. Tapi diorang ni pun bukan selalu ada kat rumah. Mungkin sebab
sekarang ni musim cuti kot. Tapi akak bilik aku cakap rumah ni yang study cuma
sempat orang ja. Kalau cuti selalunya diorang balik. Ok, aku dah dapat rasakan
akulah penghuni setia kat umah ni. Mana idok nyer, kampong aku jauh. Banyak lak
duit nak balik tiap – tiap minggu.
Setakat ni, aku tak pasti macam
mana ragam budak – budak umah ni. Harap – harap ok lah.
Biarlah dulu. Aku nak berangan
dulu. Kat luar ni rumput dia perrrrggghhh. Mungkin diorang bz. Jadi untuk orang
yang tak berapa bz cam aku ni, lebih baik aku letak racun bagi mampos rumput –
rumput ni. Hahahahaa. Siap sedia la rumput – rumput ku sayang!
Berangan lagi ni, aku nak curi
pokok kaktus aku balik kat mak aku. Nak letak kat umah ni. Lalalalalaa. Ada
lagi, pokok cabai melaka mak aku. Mas cotek, tak cotek pun aku nak angkut. Asal
tak beli ja? Ahh! Memang tak la, baik aku amik yang free. Ada lagi yang aku
berangan ni, aku nak bela sekor yang boleh dibela. Mungkin gajah. Hohohoho.
Gajah tu aku. Dah tak yah bela dah. Hmm. Mungkin tupai atau arnab. Burung? Tak
minat lah. Kucing? Kalau kucing takkan letak sangkar lak. Sah – sah lepas. Pas
tu dia pun melepas rata – rata. Mau kena ayat pavlova dengan budak umah aku
nanti. Hmm, sebut budak umah baru aku teringat. Aku kena minta izin ketua umah
dulu sebelum bela kot takut diorang fobia ke. Adeh!
Rumput? Agak – agak la takkan nak
minta izin kot. Takkan ada budak umah ni suka tanam rumput lak! Tapi mana tau
kan kot – kot memang ada. Manusia kan lain – lain. Kang pandai – pandai aku
mamposkan rumput tu, ada yang menangis. Sudah!
p/s: aku pindah dok umah ni untuk
study ke apa? XD
No comments:
Post a Comment